KUALA LUMPUR 29 April – Masih belum ada sebarang tangkapan dilakukan terhadap pengendali akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ berhubung hantaran yang didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya juga telah memohon bantuan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun sehingga kini pengendali akaun Facebook tersebut masih belum berjaya dikesan. “Kami…









