SHAH ALAM – Bayi lelaki berusia empat bulan antara 97 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Imigresen Selangor dalam dua serbuan berasingan semalam. Serbuan selama lima jam bermula pukul 12 tengah malam itu tertumpu sekitar Padang Jawa dan Kota Kemuning. Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan mengenai kebanjiran PATI di kawasan berkenaan. Katanya, kedua-dua kawasan ini telah dijadikan sebagai penempatan dan rumah kongsi oleh PATI ini. “Semasa serbuan dilakukan didapati terdapat segelintir PATI…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya