BERLIN 5 April – Jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac menggesa anak-anak buahnya mengatasi Borussia Dortmund untuk menyambar kedudukan teratasu Bundesliga apabila kedua-dua pasukan tersebut bertembung di Allianz Arena, esok. Bayern kini ketinggalan dua mata di belakang seteru tradisinya itu selepas seri 1-1 dengan Freiburg Sabtu lalu dalam saingan liga, sebelum menghadapi saat getir apabila menang 5-4 secara dramatik ke atas Heidenheim pada aksi Piala DFB Rabu lalu. Presiden kelab Uli…










