MUNICH 14 April – Persaingan Bundesliga semakin mendebarkan selepas juara bertahan, Bayern Munich kembali ke puncak liga dengan membenam Fortuna Dusseldorf 4-1 hari ini. Ketika liga berbaki lima perlawanan untuk ditamatkan, Bayern hanya mengatasi Borussia Dortmund dengan satu mata. Dalam aksi di Merkur Spiel-Arena, Dusseldorf, Bayern memberi amaran awal apabila mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi dua jaringan Kingsley Coman. Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Serge Gnabry menjarakkan kedudukan…










