GUA MUSANG 30 April – Pengguna Jalan Gua Musang-Lojing berdepan detik cemas apabila ratusan ketulan batu yang runtuh dari bukit hampir menghempap kenderaan mereka, berhampiran Kampung Sengsang, Pos Brooke, di sini petang semalam. Kejadian itu kira-kira pukul 7 petang berlaku ketika ribut dan hujan lebat menyebabkan air dari bukit di kawasan itu turun sehingga melimpahi jalan. Selain itu, air lumpur yang mengalir dari atas bukit juga memusnahkan tananam dan kebun…










