LONDON – Seorang bapa dari Jepun membeli sebutir berlian seberat 88.22 karat pada harga £10.6 juta (RM56.8 juta) untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Lelaki yang tidak didedahkan identitinya menamakan berlian itu sebagai Manami Star sempena nama anak perempuannya. Dia memenangi bidaan batu permata itu pada acara lelongan Permata dan Jadeit di Hong Kong kelmarin. Berlian Manami adalah satu daripada tiga batu permata bujur lebih 50…










