CARACAS 16 April – Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan Palang merah tiba di Venezuela hari ini. Bantuan tersebut termasuk bekalan perubatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di sini. Terdahulu, kerajaan Presiden Nicolas Maduro memberikan kelulusan selepas perjumpaan pihak Palang Merah dengan pemimpin negara itu. – AFP










