KOTA BHARU 22 April – Tindakan dua banduan lelaki meloloskan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, di sini Khamis lalu tidak berbaloi apabila masing-masing dihukum penjara tambahan setahun dan 20 bulan oleh Mahkamah Majistret berasingan, di sini hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman penjara setahun selepas Ahmad Faqis Ismail, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikemukakan terhadapnya. Lelaki itu ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun dan sembilan sebatan…










