Bakar mentua hidup-hidup dipercayai iri hati mangsa beli tilam baharu - Utusan Malaysia

Bakar mentua hidup-hidup dipercayai iri hati mangsa beli tilam baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 15 April – Seorang lelaki tergamak membakar ibu mentuanya hidup-hidup selepas dipercayai iri hati dengan tindakan wanita itu membeli tilam baharu dalam satu kejadian di Malang, Jumaat lalu.

Lapor Tribunnews.com, mangsa, Lusmini, 57, dari Dusung Ngebrong, Desa Tawang Sari meninggal dunia di Hospital Saiful Anwar, Malang, kelmarin akibat kecederaan yang dialaminya.

Suami mangsa, Suparman berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menunaikan solat Jumaat dan peluang itu digunakan suspek, Nurul Mutholib, 30, menyerang ibu mentuanya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, Nurul dan Lusmini kerap bertengkar sejak dua bulan lalu.

“Kemungkinan menantu saya iri hati setelah kami beli tilam baharu,” kata Suparman.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Batu, Anton Widodo berkata, suspek sakit hati kerana kerap bertengkar dengan Lusmini.

Katanya, selepas sakit hatinya memuncak, Nurul keluar membeli petrol daripada jirannya sebelum menyiram bahan bakar itu ke arah mangsa di rumahnya.

“Lusmini yang sedang terbakar kemudian berlari keluar rumahnya dan meminta pertolongan jirannya yang cuba memadam api dengan tuala basah.

“Oleh kerana luka Lusmini amat parah, dia dibawa ke Hospital Hasta Brata sebelum dipindahkan ke Hospital Saiful Anwar Kota Malang,” kata Anton, kelmarin.

Anton menambah, suspek kemudiannya diberkas selepas bersembunyi di kawasan hutan selepas takut dibelasah penduduk kampung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini