Azmin usik KJ, panggil YB Rantau - Utusan Malaysia

Azmin usik KJ, panggil YB Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini riuh apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘tersasul’ memanggil Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) sebagai Yang Berhormat Rantau.

Situasi itu berlaku ketika Mohamed Azmin mahu menjawab soalan tambahan daripada Khairy yang bertanyakan tentang peruntukan kepada Sabah dan Sarawak.

Soalan itu dilontarkan memandangkan kerajaan mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan kedua-dua negeri itu sebagai rakan sama rata atau ‘equal partner’

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih Yang Berhormat Rantau..Maaf,” kata Mohamed Azmin sebelum menjawab soalan tersebut.

Keadaan tersebut membuatkan ahli Dewan Rakyat memberikan pelbagai reaksi termasuk pembangkang yang menganggap tindakan Mohamed Azmin itu sengaja dilakukan dan menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan memenangani Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Mohamed Azmin diperhatikan mempunyai ‘kehebatan’ memberi kenyataan berbentuk sindiran termasuk ditujukan kepada parti lawan dan partinya sendiri.

Hari pengundiaan PRK DUN Rantau yang terletak di bawah Parlimen Rembau, akan berlangsung pada 13 April ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini