Assange tidak dijamin perbicaraan adil di AS - Utusan Malaysia

Assange tidak dijamin perbicaraan adil di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EVILARD, Switzerland 12 April – Pengasas WikiLeaks, Julian Assange tidak dijamin dengan perbicaraan adil di Amerika Syarikat (AS), kata pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Menurut Pelapor Khas PBB mengenai penyeksaan dan kekejaman lain, tak berperikemanusiaan atau perlakuan merendahkan, Nils Melzer, tindakan yang dibuat Ecuador dengan menamatkan perlindungan diplomatik Assange mematahkan norma antarabangsa.

“Saya khuatir bahawa dia boleh terdedah kepada amalan tahanan AS yang mana ada yang sangat bermasalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“AS sejak berdekad lalu, malangnya tidak membuktikan menjadi negara selamat dari segi penyeksaaan bagi kes melibatkan keselamatan negara,” katanya.

Melzer sebelum ini pernah membangkitkan mengenai dakwaan penyiksaan dibuat dalam fasiliti tahanan AS di Guantanamo Bay termasuk penggunaan ‘waterboarding’ yang dilabelkan Presiden Donald Trump sebagai teknik soal siasat efektif.

Semalam, Assange ditahan polis Britain selepas hampir tujuh tahun berada di Kedutaan Ecuador di London disebabkan kemungkinan ekstradisi ke AS.

AS telah memohon ekstradisi terhadap Assange yang ditetapkan didengar di Mahkamah pada 2 Mei depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini