LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery mahu menikmati saat-saat terakhir bersama Aaron Ramsey selepas pemain tengah berkenaan membantu kemenangan 2-0 The Gunners ke atas Napoli pada aksi pertama suku akhir Liga Europa di Emirates awal pagi semalam. Meskipun pemain skuad antarabangsa Wales berkenaan bakal berhijrah ke Turin untuk menyertai Juventus pada musim panas akan datang, namun sentuhannya berjaya membuka jaringan seawal minit ke-15 sebelum pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly menjaringkan…









