LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery percaya pasukannya tidak boleh ‘goyang kaki’ sebaliknya terus berusaha keras meskipun berjaya meraih kedudukan ketiga pada Liga Perdana England (EPL) susulan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United awal pagi semalam. Pada aksi di Stadium Emirates itu, skuad The Gunners berjaya meraih gol menerusi pemain tengah, Aaron Ramsey pada babak pertama sebelum penyerang sensasi, Alexandre Lacazette melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada minit akhir perlawanan. Emery mengakui meskipun keputusan itu menyaksikan pasukannya memintas kedudukan Tottenham Hotspur dan Manchester United, anak-anak buahnya harus positif malah melipat gandakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya