IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyifatkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai seorang wanita yang berhati waja, berpendirian cekal serta memiliki sifat keinsanan dan manusiawi. Pujian dibuat baginda kerana sikap, cara dan ketegasan Ardern mengendalikan insiden tembakan rambang ke atas masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa pada 15 Mac lepas. Sultan Nazrin bertitah Arden telah mempamerkan jiwa besar melalui kenyataan dan tindak tanduknya terhadap pasca peristiwa…










