KOTA BHARU 1 April – Kedatangan April setiap tahun pastinya disambut meriah oleh guru-guru dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, di sini menerusi pelbagai pengisian program. Pengetuanya, Hamidah Mokhtar berkata, setiap tahun, bulan tersebut dipilih sebagai Bulan Semerak Akademik yang telah diamalkan sejak lebih baik 10 tahun lalu. “Lebih istimewa, sepanjang bulan ini, seluruh warga sekolah akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menerusi 30 program yang telah…