AUSTIN, Texas – Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple akan membuka makmal terbaharunya menggunakan robot-robot kitar semula untuk meleraikan telefon pintar lama. Firma itu menyatakan pada Khamis lalu bahawa makmal yang dinamakan Material Recovery itu akan didirikan di sini. Ia bertujuan untuk meneroka teknik baharu menggunakan robotik dan mesin untuk meleraikan telefon pintar bagi mendapatkan semula bahan berharga seperti kobalt, aluminium serta kuprum. Makmal seluas 836 meter persegi itu akan…










