BUTTERWORTH 29 April – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu meraih sokongan rakyat sungguhpun ia berdepan dengan desakan untuk menunaikan janji dalam manifestonya sejak mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu. Katanya, kerajaan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed memerlukan masa untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu dan ini bukannya dapat diselesaikan dalam masa yang sangat singkat.…










