REMBAU 7 April – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila menari semasa program Malam Kebudayaan India di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, Rantau di sini malam tadi. Ahli Parlimen Port Dickson itu menari dan menyanyi lagu Tamil hampir tiga minit bersama seorang artis yang berpakaian seperti pelakon terkenal dari India, MG Ramachandran (MGR). Walaupun pernah mengalami sakit belakang kronik, Anwar dapat menari dengan susunan langkah yang…









