SAYA agak keliru sepanjang hujung minggu lalu hingga ke artikel ini ditulis berikutan pendedahan demi pendedahan yang tersebar dalam beberapa grup WhatsApp saya. Ini kerana isu yang dibangkitkan sangat jarang disebut sebelum ini dan saya berasa terpanggil untuk membantu menyelesaikan atas kapasiti sebagai pengamal media yang cuba mendapatkan berita sebenar dan kemudian membantu mencari jalan penyelesaian terbaik. Sejak minggu lepas saya telah mendapat beberapa paparan dalam grup WhatsApp tentang seorang peguam yang dikatakan cuba membela adiknya yang kini didapati bersalah dan menanti hukuman gantung. Namun isunya bukan berkaitan dengan adiknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya