KUANTAN – Seorang anggota polis maut selepas kenderaan jenis Toyota Hilux milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipandunya terbabas di Kilometer 220.1 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, Lans Koperal Jackie Patan, 32, disahkan maut semasa kejadian pukul 1 tengah hari itu. Menurut beliau, mangsa yang berasal dari Bintangor, Sarawak itu merupakan seorang anggota Unit Anjing Pengesan…










