Anggota polis maut, motosikal langgar belakang lori - Utusan Malaysia

Anggota polis maut, motosikal langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 25 April – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Bandar Baharu, Kedah maut setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 232, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 1.11 pagi itu menyebabkan anggota Balai Polis Sentral Ipoh, Muhammad Nadzrul Nadzri, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu dalam perjalanan ke utara untuk pulang ke kampungnya di Bandar Baharu, Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang kiri sebuah lori yang berada di lorong kiri laluan sama.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 36 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat dan mendapati kematian mangsa akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan patah pelbagai tulang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini