Anggota, pegawai TLDM santuni penduduk Keramat Jaya - Utusan Malaysia

Anggota, pegawai TLDM santuni penduduk Keramat Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTU. Bersempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-85 yang disambut minggu lalu, satu Program Jiwa Murni telah diadakan di pekarangan surau Al-Ikhlasiah Keramat Jaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program berkonsepkan gotong-royong itu melibatkan lebih daripada 100 peserta yang terdiri daripada anggota dan pegawai TLDM selain penduduk di sekitar yang menjadi ahli kariah surau berkenaan.

Program berkenaan merupakan anjuran Kelab Bintara Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur dan Persatuan Generasi Kedua Keramat Jaya serta turut mendapat kerjasama daripada Veteran TLDM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika berucap semasa merasmikan program tersebut, Asisten Ketua Staf Operasi Dan Eksesais, Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah berkata, ia merupakan salah satu program turun padang yang telah disusun pihaknya bagi membolehkan anggota dan pegawai TLDM mendekati anggota masyarakat setempat menerusi aktiviti santai.

Turut hadir adalah Pengerusi Surau Al-Ikhlasiah Keramat Jaya, Datuk Abdul Razak Abd. Majid serta Pengerusi Persatuan Generasi Kedua Keramat Jaya, Sarjan (B) Safawi Adnan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×