Khabar mengenai Aki Mulung yang akan menghentikan perkhidmatan bot tambang ke sekolah itu meruah seperti virus yang tangkas menyerang sistem dalaman komputer. Ia berjangkit dari rumah ke rumah dengan pantas. Sesungguhnya, ia adalah berita buruk buat anak-anak rumah panjang Pelagus. Ini adalah malapetaka! Masa depan nampaknya berada di hujung tanduk. Mereka tergegau besar sejurus mendengar berita ini. Pagi itu, Aleng, Ilan, Bala, Akong dan Narita berkumpul di bawah redup pokok…








