STOCKHOLM 3 April – Kumpulan hak asasi Amnesty International hari ini mendakwa empat negara ‘nordic’ yang terkenal memerangi kesaksamaan jantina menghadapi ‘kejadian rogol tahap tinggi yang mengejutkan’ dan gagal membela mangsa.
Laporan yang melihat kes rogol di Denmark, Finland, Norway dan Sweden berkata, kecacatan perundangan, mitos memudaratkan dan stereotaip jantina menyebabkan ‘pelepasan endemik’ kepada pelaku.
Setiausaha Agungnya, Kumi Naidoo dalam kenyataan berkata, negara-negara tersebut mempunyai rekod kuat dalam memperjuang kesaksamaan jantina namun mengalami kejadian rogol tahap tinggi yang mengejutkan.
“Mengikut laporan itu, statistik Institut Eropah bagi Kesaksamaan Jantina, 30 peratus purata wanita di Denmark, Finland dan Sweden mempunyai pengalaman mangsa keganasan dan penganiayaan oleh pasangannya berbanding 22 peratus purata di Kesatuan Eropah (EU),” jelasnya. – AFP











