KUALA LUMPUR 3 April – Vokalis kumpulan Spring, Ameng hari ini melancarkan buku tulisannya, Epilog Tirai Keinsafan yang menceritakan pengalamannya sepanjang menjalani hukuman penjara. Buku setebal 102 muka surat itu ditulis Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ketika ditahan di Penjara Kluang, Johor selepas didapati bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah. Ameng memberitahu, buku tersebut ditulis sejak hari pertama beliau menjalani hukuman penjara. “Niat saya menulis sekadar untuk dijadikan rujukan supaya…










