MADRID 16 April – Bangunan pencakar langit menempatkan Kedutaan Britain, Belanda, Australia dan Kanada dikosongkan setelah amaran bom yang didapati palsu, di sini hari ini. Jurucakap polis berkata, pihak keselamatan mengosongkan bangunan Torre Espacio mempunyai 57 tingkat selepas Kedutaan Australia menerima panggilan ancaman bom. “Kami mendapati ancaman itu adalah palsu dan semuanya kembali seperti normal. “Polis sedang menyiasat daripada mana panggilan ancaman bom itu dibuat,” jelasnya. Proses evakuasi dari bangunan…










