MENDENGAR alunan ayat-ayat suci al-Quran yang diperdengarkan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1440H/ 2019M, Abdul Khair Jalil, 40, di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan pada bulan lalu begitu mempesonakan. Sebutannya lunak dan jelas yang dibaca beserta hukum tajwid dan harkat yang tepat. Kongsi qari dari Selangor itu, alunan ayat-ayat suci al-Quran mempunyai beberapa jenis lagu yang disebut sebagai taranum. Ada Nahwand, Sikah, Hijaz, Bayati, Rast, Jiharkah dan banyak lagi.…









