SINGAPURA 29 April – Seorang aktivis didenda selepas mempersoalkan kebebasan badan kehakiman negara ini menerusi Facebook tahun lalu. Tertuduh, Jolovan Wham didenda sebanyak AS$3,674 (RM15,179) atau satu minggu penjara sekiranya dia gagal membayarnya. Wham juga diarahkan untuk membayar lebih AS$5,142 (RM21,243) untuk perundangan dan kos lain. Aktivis tersebut mendakwa badan kehakiman negara ini kurang integriti dan kebebasan dalam kes berhubung kerajaan atau ahli politik pada Oktober tahun lalu. Wham yang…










