TURIN 17 April – Ajax meneruskan aksi luar biasa di pentas Eropah apabila mengejutkan Juventus 2-1 untuk melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara hari ini. Selepas menumbangkan Real Madrid pada peringkat 16 akhir, Juventus menjadi mangsa terbaharu kelab Belanda itu, yang mara menerusi agregat 3-2. Kekalahan Juventus juga melebur rekod hebat Cristiano Ronaldo biarpun bintang Portugal itu memberi permulaan sempurna buat gergasi bola sepak Itali tersebut dengan meledak gol pembukaan…










