SINGAPURA 15 April – Hampir 100 ahli akademik seluruh dunia meluahkan kebimbangan berhubung cadangan undang-undang Singapura terhadap ‘berita palsu’ kerana dikhuatiri akan menjejaskan kebebasan akademik serta membantutkan cita-cita negara ini untuk menjadi hab pendidikan global. Singapura pada bulan ini mendedahkan undang-undang yang merangkumi tindakan keras, termasuklah kuasa kepada menteri-menteri mengarahkan laman media sosial seperti Facebook, Google dan Twitter untuk meletakkan amaran terhadap kandungan yang pihak berkuasa sifatkan adalah palsu atau…










