Agong, Permaisuri ucap selamat sempena Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil - Utusan Malaysia

Agong, Permaisuri ucap selamat sempena Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucap selamat kepada mereka yang merayakan Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil.

“Selamat Vaisakhi kepada semua rakan Punjabi. Kami ucapkan permulaan tahun ini dengan kegembiraan dan kemakmuran,” titah Seri Paduka berdua dalam posting pada akaun Instagram Istana Negara. 

Kepada mereka yang menyambut Tahun Baharu Tamil, pasangan diraja itu bertitah: “Diucapkan kepada semua rakan Tamil tahun yang penuh kegembiraan dan kemakmuran. Selamat Tahun Baharu!.” 

Memuatkan artikel berkaitan…

Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh Punjabi.

Sementara Tahun Baharu Tamil adalah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini