ADUN Skudai digugurkan sebagai Exco kerajaan negeri - Utusan Malaysia

ADUN Skudai digugurkan sebagai Exco kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 April – Setiausaha DAP Johor, Tan Hon Ping akan digugurkan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu ketika ini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkembangan tersebut: “Ya saya digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri dan saya serahkan perkara ini kepada parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya diberitahu mengenainya ketika saya bertemu dengan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pada kelmarin yang kebetulan pada hari yang sama Dr Dr. Sahruddin Jamal memulakan peranan barunya sebagai Menteri Besar,” katanya.

Menurut sumber, selain wakil daripada DAP itu, seorang lagi Exco daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan digugurkan.

Difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang merupakan seorang daripadanya.

Mazlan ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima apa-apa surat daripada partinya sama ada beliau masih ahli Exco atau tidak.

Bendahari Bersatu Johor dan ADUN Puteri Wangsa itu menyifatkan cerita-cerita tentang dirinya akan digugurkan sebagai khabar angin.

“Tetapi ini adalah politik yang boleh berlaku dan sebarang keputusan dibuat sama ada saya adalah ahli Exco atau tidak, saya akan menerimanya,” katanya sambil menambah bahawa beliau masih belum bertemu Menteri Besar yang baharu.

Menteri Besar, Dr. Sahruddin ketika ditemui pada pelancaran Tour De Iskandar Johor 2019 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar tengah hari tadi memberitahu, barisan Exco baharu kerajaan negeri Johor akan diumumkan selewat-lewatnya akhir minggu ini.

Jelas Dr. Sahruddin, pihaknya sedang meneliti nama-nama Exco tersebut sebelum dimuktamadkan secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini