Adlan rampas Jersi Hitam TdIJ 2019 - Utusan Malaysia

Adlan rampas Jersi Hitam TdIJ 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER HITAM 18 April – Pelumba Malaysia, Muhammad Shaiful Adlan Mohd. Shukri daripada Team Sapura Cycling (TSC) membuktikan dia merupakan pelumba muda berbakat negara apabila berjaya merampas Jersi Hitam pada perlumbaan peringkat kedua Tour de Iskandar Johor (TdIJ) 2019 dari Muar ke Yong Peng, hari ini.

Adlan, 21, membuktikan sasarannya tercapai pada perlumbaan hari ini untuk mendapatkan jersi tersebut selepas terlepas kepada Evan Burtnik daripada XSpeed United yang memenangi jersi itu semalam.

Menurut anak kelahiran Kuala Terengganu itu, dia akan memberikan kayuhan bertenaga pada perlumbaan peringkat terakhir esok bagi mempertahankan jersi tersebut untuk pasukan dan amnya, Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan melawan habis-habis esok untuk mempertahankan jersi ini kerana persaingan dalam kalangan pelumba muda begitu sengit.

“Tahun ini merupakan kali pertama saya bersama TSC. Saya pasti mahu memberikan yang terbaik untuk diri dan pasukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Adlan berkata, untuk perlumbaan terakhir esok, dia akan mendengar nasihat jurulatihnya dengan baik bagi memastikan taktikal pasukan dilaksanakan dengan sempurna.

“Saya juga akan cuba, kalau boleh menang di peringkat akhir esok dan terus mempertahankan Jersi Hitam sebagai perlumba muda terbaik kejohanan,” ujarnya.

Tambahnya, perlumbaan TdIJ 2019 kali ini memberi pendedahan berharga kepadanya apabila dapat berlumba bersama-sama pelumba profesional dan veteran lain yang berpengalaman luas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini