9 buah kereta rosak dirempuh lori treler - Utusan Malaysia

9 buah kereta rosak dirempuh lori treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan buah kereta serta sebuah motosikal mengalami kerosakan selepas dirempuh oleh sebuah lori treler dalam satu kemalangan di Jalan Sri Permaisuri 6 menghala ke Jalan Utama Salak Selatan di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.05 pagi sewaktu lori berkenaan sedang melalui jalan berbukit bersebelahan dengan Balai Polis Salak Selatan.

“Sewaktu menuruni jalan berbukit lori treler tersebut telah merempuh beberapa kenderaan yang berada di hadapannya termasuk sebuah motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan kemalangan itu pemandu lori treler serta penunggang motosikal mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Sarifudin punca kejadian masih lagi di dalam siasatan dan pihaknya sedang menanti laporan daripada penunggang motosikal serta pemandu lori yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini