BEIRUT 13 April – Polis Lebanon merampas lebih 800,000 pil Captagon jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) bernilai AS$12 juta (RM49.37 juta) dalam serbuan bersama pihak berkuasa Arab Saudi baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, pihak polis menahan sebuah trak sejuk beku yang mengandungi 142 kilogram pil tersebut pada 9 April lalu.
Rampasan itu berlaku setelah pihak Jabatan Kawalan Narkotik Arab Saudi menyalurkan maklumat kepada Lebanon mengenai rancangan penyeludupan ke negara Arab yang tidak dikenal pasti melalui jalan darat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Captagon merupakan dadah yang biasa digunakan dalam perang Syria yang mana mereka mengambilnya untuk membantu tidak tidur beberapa hari dan mengebaskan rasa membolehkan membunuh tanpa rasa apa-apa. – AFP











