8 rumah setinggan terbakar, 16 penghuni selamat - Utusan Malaysia

8 rumah setinggan terbakar, 16 penghuni selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 3 April – Sebanyak lapan buah rumah setinggan yang melibatkan 16 penghuni musnah dalam satu kebakaran di Jalan Usaha 2, Kampung Usaha Jaya di sini pada pukul 2.08 pagi ini.

Kebakaran pada awal pagi itu mengakibatkan empat buah rumah musnah sepenuhnya manakala empat lagi terjejas pada bahagian dapur.

Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan kerana semasa kejadian semua penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…
8 rumah setinggan terbakar, 16 penghuni selamat
PIHAK bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran melibatkan lapan buah rumah setinggan di Kampung Usaha Jaya, Johor Bahru, Johor, awal pagi ini. – UTUSAN ONLINE/Ihsan JBPM

Seramai 41 pegawai dan anggota bomba terlibat dari tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, BBP Tebrau dan BBP Skudai.

Jabatan bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan pada pagi ini memberitahu, lapan buah jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Terdapat agensi bantuan yang hadir melibatkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Operasi tamat pada pukul 4:47 pagi. Kesemua mangsa yang terlibat akan ditempatkan di Balai Raya Usaha Jaya, Skudai Kiri. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” demikian menurut kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini