JOHOR BAHRU 3 April – Sebanyak lapan buah rumah setinggan yang melibatkan 16 penghuni musnah dalam satu kebakaran di Jalan Usaha 2, Kampung Usaha Jaya di sini pada pukul 2.08 pagi ini. Kebakaran pada awal pagi itu mengakibatkan empat buah rumah musnah sepenuhnya manakala empat lagi terjejas pada bahagian dapur. Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan kerana semasa kejadian semua penghuninya sempat menyelamatkan diri. PIHAK bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran melibatkan lapan buah rumah setinggan di Kampung Usaha Jaya, Johor Bahru, Johor, awal pagi ini. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya