RAWANG 13 April – Seramai 79 daripada 83 kumpulan pertama pelajar program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran selepas mengikuti program tersebut sejak tingkatan satu pada 2015. Pengetua SBPI Rawang, Addenan Osman berkata, lebih membanggakan sebanyak 26 pelajar tingkatan empat berjaya menjadi hufaz manakala dua lagi pelajar adalah dari tingkatan tiga, menjadikan keseluruhannya seramai 107 orang. “Alhamdulillah, daripada 83…










