PUTRAJAYA – Sebanyak 73 peratus daripada 7,047 gelandangan yang menginap di Anjung Singgah sehingga Januari tahun ini berjaya dibantu untuk mendapat pekerjaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), telah membuka lima Anjung Singgah yang berfungsi sebagai pusat khidmat sosial bagi menangani masalah isu gelandangan. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, seramai 2,315 orang telah…










