PUTRAJAYA 11 April – Kemudahan teknologi 5G yang bakal menawarkan kelajuan data lebih pantas, akan memberi peluang kepada rakyat untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dengan lebih berkesan sekali gus memberi nilai tambah kepada taraf hidup mereka. Ketua Pegawai Sektor Digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Gerard Lim Kim Meng berkata, industri vertikal yang dapat memanfaatkan teknologi 5G dijangka akan memberi impak positif bukan sahaja kepada ekonomi negara bahkan juga kepada kualiti kehidupan rakyat di negara ini. Industri itu jelasnya, termasuk automotif, bandar pintar, keselamatan awam, media dan hiburan, pertanian,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya