50 kanak-kanak sertai program ‘masuk jawi’ - Utusan Malaysia

50 kanak-kanak sertai program ‘masuk jawi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI 3 April – Seramai 50 kanak-kanak menyertai program ‘masuk jawi’ iaitu berkhatan beramai-ramai sempena cuti persekolahan di Pattani, selatan Thailand.

Ketua Persatuan Doktor Muslim Hospital Pattani, Dr. Amin Saema berkata. acara tahunan anjuran Persatuan Muslim Wilayah Pattani dengan kerjasama doktor Muslim di Hospital Pattani merupakan aktiviti kemasyarakatan pihak hospital sejak 10 tahun lepas yang mendapat sambutan cukup menggalakkan dalam kalangan penduduk di wilayah itu.

Beliau berkata, majlis yang bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun terutamanya anak yatim dan fakir miskin berdekatan untuk berkhatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang penting berkhatan di hospital adalah selamat, bersih dan mengikut ajaran Islam,” katanya.

Bapa kepada salah seorang peserta, Abdullah Yakad dari Kampung Bala Dua berkata, acara anjuran tahunan itu harus diteruskan untuk membantu keluarga yang tidak berkemampuan.

“Saya membawa anak saya menyertai acara ini kerana yakin dengan tahap kebersihan dan keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini