5 cedera letupan bom di Pattani - Utusan Malaysia

5 cedera letupan bom di Pattani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI 12 April – Seorang penduduk dan empat anggota polis cedera dalam insiden letupan bom yang berlaku berhampiran sebuah balai polis di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Napradu, Sompop Boonjan berkata, kejadian berlaku pada 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika enam anggota polis menaiki trak pikap dalam perjalanan balik ke Balai Polis Napradu.

Beliau berkata, ketika melalui lokasi kejadian iaitu kira-kira 400 meter dari balai polis berkenaan, sebutir bom dipercayai buatan sendiri seberat 10 kilogram yang dipasang pada sebuah motosikal di tepi jalan diletupkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Letupan tersebut menyebabkan trak pikap yang dinaiki anggota polis terbabas dan jatuh ke dalam parit. Empat anggota polis mengalami kecederaan.

“Seorang wanita berusia 65 tahun yang berada di tempat kejadian turut mengalami kecederaan akibat letupan bom,” katanya.

Sompop berkata, siasatan awal polis mendapati otosikal tersebut dipasang dengan bom yang diaktifkan melalui walkie-talkie. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini