JAKARTA 12 April – Sekurang-kurangnya 40 gunung berapi di seluruh dunia berpotensi menghasilkan gelombang pasang surut yang sama dengan saiz dan kekuatan tsunami yang mengorbankan 437 orang di Selat Sunda dekat sini tahun lalu. Menurut laporan Daily Mail, susulan penyelidikan mengenai letusan Gunung Berapi Anak Krakatau, simulasi baharu membantu penyelidik memahami dengan lebih lanjut bagaimana letusan menghasilkan bencana tersebut. Pakar menyimpulkan, dengan berjuta-juta penduduk di kawasan pesisir yang berpotensi terjejas, penemuan itu memperlihatkan keperluan untuk memperbaiki sistem amaran bencana yang dicetuskan oleh gunung berapi. Pada 22 Disember tahun lalu, Gunung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya