BINCANG. Seramai 40 ahli Persatuan Pentadbiran Industri Bangi (BIAA) menghadiri pertemuan buat kali pertama yang diadakan di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini. Pertemuan pertama bagi sesi 2019 itu disertai wakil-wakil syarikat daripada pelbagai industri di seluruh Bandar Baru Bangi. Pengerusi BIAA, Mohammad Roslan Mohammad Nasir yang juga Pengurus Besar Kanan Denso (M) Sdn. Bhd., mengalu-alukan komitmen kesemua wakil bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan pentadbiran, polisi sumber manusia, persekitaran, keselamatan…










