PEMBA 29 April – Sekurang-kurangnya 38 terbunuh ekoran hujan lebat berterusan akibat Taufan Kenneth yang melanda utara Mozambique hari ini. Lapor AFP, hujan lebat dan taufan yang membawa angin kencang pada kelajuan 220 kilometer sejam itu turut memusnahkan ribuan rumah serta memutuskan sistem komunikasi. -AGENSI










