KUALA LUMPUR – Seramai 20 pelacur serta 11 pekerja warga asing ditahan dalam serbuan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) di dua lokasi di ibu negara lewat malam tadi. Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Osman Ismail berkata, operasi yang bermula kira-kira pukul 11 malam itu menyasarkan premis yang didapati menyalahgunakan lesen operasi dengan menjalankan kegiatan pelacuran. “Sebanyak dua buah premis telah diserbu malam ini dan…










