IPOH, 14 April – Sebanyak 30,000 peluang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) disediakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada golongan belia luar bandar di seluruh negara setiap tahun. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) adalah agensi yang menyediakan program TVET di pelbagai peringkat kemahiran. Beliau…










