3 bot nelayan Vietnam dipintas Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

3 bot nelayan Vietnam dipintas Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memintas tiga bot nelayan dan menahan 16 nelayan serta tekong warga Vietnam di kedudukan 9.26 kilometer dari Pulau Tigabu, dekat Kudat, Sabah semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, ketiga-tiga bot tersebut ditahan selepas disyaki melanggar pelbagai jenis peraturan serta undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada dokumen pengenalan diri yang sah, dokumen pasport tidak mempunyai rekod pergerakan keluar masuk dari Jabatan Imigresen Malaysia, melangkaui batas perairan, gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, tiada pelepasan pelabuhan ( port clearance ) dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pelbagai kesalahan lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua daripada bot terbabit turut dikesan memiliki nombor pendaftaran yang sama dan disyaki merupakan bot klon. Ini merupakan kes keempat yang berjaya ditahan di Perairan Kudat menggunakan modus operandi yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua bot tersebut disyaki bot nelayan asing Vietnam yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran tempatan di samping mengibarkan bendera Malaysia.

“Kita syaki ada sindiket tertentu yang bertanggungjawab terhadap kegiatan jenayah ini dan siasatan secara terperinci serta menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan sindiket serta pelakunya.

“Kita tidak akan berkompromi dengan perompak-perompak hasil laut negara,” ujarnya.

Tambah Chin Chau, jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM 1.7 juta dan kesemua bot serta nelayan yang ditahan dan diiring ke Jeti Awam Kudat sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kastam 1967, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini