LUMUT 30 April – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Seri Manjung mengeluarkan kompaun terhadap 22 majikan kerana gagal mendaftarkan pekerja mereka dalam Ops Kesan. Pengurus Perkeso Seri Manjung, Mohd. Shaperi Md. Salleh berkata, Perkeso Seri Manjung telah melakukan pemeriksaan terhadap 137 majikan sejak 1 April lalu sehingga hari ini di beberapa kawasan sekitar daerah Manjung melibatkan lima operasi. Menurutnya, pemeriksaan melibatkan premis perniagaan di kawasan Manjung Point, Taman Samudera, pusat beli…