STRASBOURG, Perancis 16 April – Pihak berkuasa Perancis menemukan 21 migran dari Iran dan Iraq yang bersembunyi dalam trak sejuk beku yang dipandu di timur negara hari ini. Menurut pihak berkuasa wilayah Meuse, seramai 10 lelaki, enam wanita dan lima kanak-kanak tersebut telah dibawa ke perkhidmatan perubatan bagi menerima rawatan. Sebahagian migran itu telah diberikan perintah polis untuk keluar dari Perancis yang mana biasa dikeluarkan selepas permohonan suaka ditolak. Bagaimanapun,…










